Rabu, 21 Sya'aban 1430H - Firman Allah SWT : “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan ( tidak pula ) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab ( Lauhul Mahfuz ) sebelum Kami menciptanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Kami jelaskan yang demikian itu ) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang sombong lagi membanggakan diri” ( Al-Hadid : 22-23 )
Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap daripada kita, bahkan jiwa manusia menginginkan agar kesenangan itu kekal abadi dalam kehidupannya. Namun bergitu langit tidak selamanya cerah, kadang-kadang mendung mewarnai perjalanan hari, kerana ia merupakan suatu ketentuan. Begitu juga dalam kehidupan manusia bahawa setiap penderitaan, ujian, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan ilahi yang wajib diterima dengan hati yang sabar dan redha. Allah berfirman : “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” ( Al-Ankabut: 2-3 }
Tidak ramai yang tahan dan sabar dalam menerima ujian Allah SWT, mungkin kerana dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan di dunia ini. Allah berfirman : “ Berikan berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang, yang ketika musibah, mereka berkata “ “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan Kepada-Nya kita dikembalikan. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk”. ( Al-Baqarah : 155-157 ).
Ketahui bahawa sesungguhnya terlalu besar rahmat yang tersimpan di sebalik dugaan bagi insan yang sabar. Rasulullah SAW bersabda : “Apa pun yang menimpa diri seorang mukmin dari kepayahan, kesakitan, kesusahan dan apa pun keresahan yang dirasakannya, melainkan Allah akan menghapuskan sebahagian dari keburukan-keburukannya.” ( HR. Muslim). Sabdanya lagi yang bermaksud : “ Tiada musibah apa pun yang menimpa diri seseorang muslim melainkan Allah menghapuskan keburukannya ( dosanya) walaupun duri yang mengenai dirinya.” ( HR Bukhari & Muslim )
Umar bin Abdul Aziz berkata : “tiada ada sesuatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan Allah akan menggantikan yang lebih baik bagi dirinya.”.
Imam Ahmad dari Yunus, dari Ibnu Saad, dari Yazid bin Abdullah, dari Amir bin Abu Amir, dari Muttalib, dari Ummi Salamah berkata : “ Pada suatu ketika Abu Salamah mendatangiku setelah kembali menemui Rasulullah SAW, ia berkata : “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang sesungguhnya membuat saya merasa gembira, sebagaimana sabdanya : “ Tidak ada musibah apa pun yang menimpa diri seorang muslim lalu membaca Istirja ( In’nalillah wa’inna’illahi rajiaun ) pada saat musibah itu menimpanya, lalu berdoa : “Ya Allah ! berilah kami pahala dari musibah ini, dan berilah ganti yang lebih baik dari musibah ini, melainkan Allah akan mengabulkan doanya.”.
Musibah yang menimpa kita merupakan cubaan daripada Allah. Allah SWT berfirman : “ Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada dibumi itu sebagai perhiasan, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang paling baik amal perbuatannya. Dan sesungguhnya Kami akan menjadikan (pula) apa yag ada di atasnya menjadi tanah rata dan tandus.” ( Al-Khafi: 7-8 ).
Ketika seorang hamba itu ditimpa musibah, hendaklah ia berhati-hati dalam menangis dan juga dalam mangucapkan kata-kata yang boleh menghapuskan pahala dan merosakkan iman seperti mengatakan Allah itu zalim kepadanya dan sebagainya. Ketahuilah, bahawa Allah itu Maha Adil dan tidak akan berbuat zalim. Allah ialah Zat Maha Pemberi dan pada suatu ketika akan mangambilnya kembali dan Dialah yang berhak menuntut dari perbuatan hambanya. Rasulullah SAW bersabda: “ Tidaklah termasuk golonganku orang-orang yang memukul pipinya dan mengoyak-ngoyak bajunya serta memekik-mekik sebagaimana yang dilakukan oleh Jahiliyah.” (HR Bukhari & Muslim).
Perlu juga diingat ujian atau dugaan tidak hanya berupa kesusahan, kesulitan dan kesakitan saja, akan tetapi dapat juga berupa kesenangan, kekuasaan , kemegahan, keseronokan, kemewahan, pangkat dan sebagainya. Allah SWT berfirman : “ Dan Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan Kami-lah kamu semua kembali.”.Ujian sebegini lebih berat daripada ujian dengan musibah , Allah SWT berfirman : “ Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, kerana melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya kepada Tuhanmulah kamu kembali.” ( Al-Alaq; 6-8 ). Rasulullah SAW ada bersabda : “Demi Allah,bukanlah kekafiran atau kemiskinan yang aku bimbangkan atas kamu, akan tetapi aku bimbang kalau-kalau kemewahan dunia yang kamu dapatkan sebagaimana yang telah diberikan kepada orang-orang yang sebelum kamu, lalu kamu bergelumbang dalam kemewahan itu sehingga kamu binasa sebagaimana mereka dahulu bergelumbang dan binasa pula.” ( HK. Bukhari). Baginda juga bersabda : “Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” (HR Tarmizi)
Ujian seperti terkena penyakit dan kemalangan bermaksud untuk menguji kesabaran, kerelaan seseorang dalam menerima qadha dan qadar Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda : “ Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan seperti ditusuk oleh duri atau yang lebih berat daripadanya, melainkan dengan ujian itu dihapuskan oleh Allah SWT perbuatan buruknya serta digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya. ( HR Muttafaq alaih ). Sabdanya lagi : “Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kamu Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa.” (HR Tarmizi)
Allah SWT juga menguji kita dengan ujian berupa cinta dan sayang yang akan menyebabkan seseorang melampiaskan hawa nafsu dan melanjutkan keturunan sebagaimana Allah SWT berfirman: “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingni iaitu : wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (Syurga).” Ujian paling kuat bagi kaum lelaki pula sebagaimana di sabdakan oleh Rasulullah SAW: “Sepeninggalanku nanti tiadalah ujian yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki kecuali godaan kaum wanita.” (HR Bukhari).
Ujian yang paling berat yang ialah ujian berkenaan aqidah dan agama. Ramai orang mengaku Islam, beriman, termasuk juga alim ulamak, setelah diuji iman dan agamanya oleh Allah SWT dengan berbagai macam ujian dan cubaan ia tewas kerana lemah imannya hingga terjerumus ke dalam kecintaan kepada dunia dan hawa nafsu seterusnya menjadi sesat. Allah berfirman : “ Dan di antara manusia ada yang berkata : “Kami beriman kepada Allah, maka apabila ia disakiti ( kerana ia beriman ) kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sesungguhnya jika datang pertolongan dari Tuhan. mereka pasti berkata: Sesungguhnya kami adalah bersertamu. Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada manusia.? “ Dan sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang munafik.”( Al-Ankabut:10-11).
Rasulullah SAW bersabda : “Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalah para Nabi, kemudian baru orang yang dekat darjatnya kepada mereka. Orang diuji menurut tingkat ketaatannya kepada agamanya. Jika sangat kuat dalam beragama maka sangat kuat pula ujianan yang menimpanya, bila lemah dalam agamanya, maka diuji pula oleh Allah sesuai dengan tingkatan ketaatanya kepada agamanya. Demkianlah ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan di muka bumi dalam keadaan tidak berdosa.”(HR Tarmizi).
Sebagai orang yang beragama lslam, kita hendaklah mempunyai keyakinan dan percayaan yang tidak berbelah bagi untuk menundukkan diri dengan ketetapan dan peraturan Allah supaya kita tidak terumbang-ambing dipukul oleh gelombang kehidupan yang selalu datang melanda. Kita hendaklah tetap sabar dalam menghadapi kemungkinan hari esok, tenang tidak gelisah dalam menghadapi bebagai ujian dan dugaan kerana akhirnya dari semuanya itu adalah kematian.
Wallahu a’lam.
Petikan daripada buku “Rahmat Disebalik Dugaan”, karangan Kasmuri Selamat MA

No comments:
Post a Comment