Jumaat; 2 Syaaban 1441H: Daripada
Abdullah Ibn Abi Awfa Al-Aslami R.anh beliau berkata: Rasulullah S.A.W
pada suatu hari telah keluar menuju ke arah kami lalu bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang mempunyai sebarang hajat kepada Allah atau
kepada salah seorang daripada makhluk-Nya, maka hendaklah dia berwuduk
dan kemudiannya solat dua rakaat lalu dia membaca:
لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ سُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ
الْعَظِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ اللَّهُمَّ إِنِّي
أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ
وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ
أَسْأَلُكَ أَلاَّ تَدَعَ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا
إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا لِي
Maksudnya: Tidak ada tuhan yang diabdikan diri selain Allah, Tuhan yang
Maha Lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan kepada ‘arasy yang
agung. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perkara-perkara yang mendatangkan
rahmat-Mu, serta pengampunan-Mu, ghanimah dari setiap kebaikan, dan
kesejahteraan daripada semua dosa. Aku juga memohon ampun kepada-Mu,
supaya Kau tidak meninggalkan kepadaku satu dosapun kecuali telah Kau
ampunkannya. Tidak juga sebarang kegusaran melainkan Kau pemudahkan ia,
serta tidak ada hajat yang Kau redha kepadanya melainkan kau laksanakan
ia untuk diriku.
Kemudian dia meminta kepada Allah berkenaan perkara dunia dan akhirat, maka sesungguhnya ia ditakdirkan.
No comments:
Post a Comment