Jumaat, 23 Zulhijjah 1432H: Dari Jabir r.a katanya:”Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.” (HR Muslim)
Pengajaran Hadis:
1. Waktu senja adalah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul tujuh malam) iaitu ketika hari hampir akan malam.
2. Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke masjid dan menunaikan solat maghrib.
3.Rasulullah SAW melarang anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya.

1 comment:
Kajian tunjukkan antara solat yg kurang ditinggalkan oleh remaja di Malaysia ialah solat magrib.
2.Mungkinkah ramai remaja yg solat Magrib kerana senario senjakala yg dikaitkan dgn syaitan keluar spt hadis di atas?.
3.Bagus juga kajian lanjut dilakukan utk dpt jawapan kenapa solat magrib je sedangkan solat lain cuai/ditinggalkan.
Wallahuaklam.
Post a Comment