Khamis,4 Safar 1433H: Daripada Salmat bin al-Akwaa’ r.a, bahawasanya seorang lelaki makan di sisi Rasulullah s.a.w dengan tangan kirinya lalu baginda menegurnya dengan bersabda:” Makanlah dengan menggunakan tangan kananmu.” Lelaki itu menjawab, :“Aku tidak berupaya berbuat demikian.” Baginda bersabda lagi: ”Kamu tidak berupaya? Sebenarnya tidak ada sesuatu yang menghalang kamu daripada berbuat demikian melainkan kerana didorong oleh perasaan sombong.” Salmat berkata:”Orang itu akhirnya tidak dapat mengangkat tangan kanan ke mulutnya (cacat selamanya).” (HR Muslim)
Keterangan Hadis:
1. Umat Islam dilarang menggunakan tangan kiri semasa makan atau minum kerana perbuatan tersebut melambangkan sikap orang yang sombong.
2. Ketika melakukan suatu kebajikan seperti sedekah, berwudhu’, memakai pakaian an sebagainya hendaklah dilakukan dengan menggunakan tangan kanan atau tangan kanan yang didahulukan. Sementara untuk hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti membersih kotoran hendaklah dilakukan dengan tangan kiri.
3. Sesuatu perkataan yang dilafazkan oleh seseorang adalah seperti doa sama ada kepada diri sendiri mahupun orang lain.
4. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana itulah tanda hamba yang bersyukur.

1 comment:
Apa sebenarnya rahsia kanan dalam kehidupan.Amati beberapa fenomena alam berkaitan kanan:
a. Tenaga kimia daripada manusia, haiwan dan tumbuhan melakukan kerja dan gerakan hukum ke kanan.
b.Tenaga bahang matahari yang menyejat air menjadi awan dan kemudian menurunkannya sebagai hujan juga melakukan pergerakan hukum ke kanan.
c.Kajian bio-kimia tentang sel-sel saraf menghantar mesej (impuls) juga amat rencam pada persekitaran dalam penyesuaian perubahan dengan gerakan ke kanan.
d.Sistem pemakanan dalam melakukan sistem penghadaman terpaksa melalui hukum ke kiri untuk menghasilkan tenaga. Tetapi apabila tenaga terbentuk maka ia akan melakukan pergerakan ke kanan semula dengan begitu pantas.
e. Semua pancaindera atau deria mata ketiga mengesan dan menganalisa tenaga dari konsep luaran sebenarnya melakukan proses penerimaan getaran ke kanan.
f.Bacaan Al-Quran dan tulisan Arab juga menggunakan hukum ke kanan. Lihatlah, secara fitrahnya ayat-ayat suci yang mulia menjadi petunjuk sekalian manusia juga ditulis dari kanan ke kiri.
Sesuatu yang kurang elok sebenarnya pergerakan atau langkahan kaki kiri. Kanan turut merujuk kepada jenis atau tingkah laku yang baik untuk manusia yang dibangkitkan pada hari Qiamat kelak. Lihatlah.. jika kita menerima buku amalan dari arah kanan, maka secara tak langsung memperlihatkan amal kebajikan yang telah kita lakukan tetapi jika kita menerima buku amalan dari arah kiri, itu menunjukkan dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Wallahuaklam.
Post a Comment