Quitbah menceritakan kepada kami, 'Abdul 'Aziz bin Muhammad memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Al-A'la bin 'Abdur Rahman dari ayahnya dari Abu Hurairah di mana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila setengah dari bulan Sya'ban masih tersisa maka janganlah kamu sekalian berpuasa."
|
Abu 'Isa berkata: "Hadis Abu Hurairah itu adalah hadis hasan sahih yang tidak kami ketahui kecuali dari riwayat ini dalam lafal yang seperti ini." Menurut sebahagian ulama', yang dimaksudkan dengan hadis ini ialah seseorang yang tidak biasa berpuasa kemudian dalam sisa bulan Sya'ban yang tinggal sedikit itu dia berpuasa untuk menyambut bulan Ramadan.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. seperti hadis tersebut di atas; iaitu hadis yang menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bererti: "Janganlah kamu sekalian mendahului bulan Ramadan dengan puasa kecuali bila memang puasa itu bertepatan dengan puasa yang biasa dilakukan oleh salah seorang di antara kamu sekalian." Yang ditunjukkan dalm hadis ini ialah tidak disukai sengaja berpuasa kerana menyambut bulan Ramadan."
(Hadis Sunan At Termizi) |
No comments:
Post a Comment