Khamis, 14 Rabiulawal 1435H : Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya: "Ketika kami sedang
berada di dalam majlis Sa'ad bin 'Ubbadah, tiba-tiba Nabi saw. datang. Basyir
bin Sa'ad bertanya kepada beliau, "Allah Ta'ala memerintahkan kami supaya
berselawat kepada Anda. Bagaimana caranya kami berselawat itu, ya Rasulullah?" ,
Kata Abu Mas'ud, "Rasulullah saw. diam saja tidak segera menjawab. Sehingga kami
mengira, mungkin beliau tidak menyukai pertanyaan kami itu.
"Kemudian beliau
bersabda, "Ucapkanlah: 'Allahumma shalli 'ala Muhammad, wa 'ala aali Muhammad.
Kama shallaita 'ala aali Ibrahim. Wa baarik 'ala Muhammad, wa 'ala aali Muhammad.
Kama barakta 'ala aali Ibrahim. Fil 'alamina innaka hamidun majid.' (Wahai
Allah! Limpahkanlah rahmatMu kepada Muhammad dan
kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau
melimpahkannya kepada keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan keluarga Muhammad,
sebagaimana Engkau melimpahkannya kepada keluarga Ibrahim. Di alam semesta ini
sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Agung).
Kemudian memberi salam, dan
caranya ialah sebagaimana anda semua telah mengetahui."
No comments:
Post a Comment