Khamis, 7 Jamadilawal 1436H: Dari Ubay bin Ka'ab r.a., katanya:
"Ada seorang lelaki, yang
setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu
dia tidak pernah ketinggalan solat berjemaah.
Kata orang kepadanya,"Alangkah
baiknya anda beli seekor keldai untuk tunggangan anda, di malam gelap atau di panas terik."
Jawabnya, "Aku tidak suka
tinggal dekat masjid, kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang
dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku."
Sabda Rasulullah saw., "Allah
mengumpulkan pahala semuanya itu bagi anda."
No comments:
Post a Comment