Khamis, 5 Jamadilakhir 1436H: Dari 'Abdullah u., katanya: "Kami pernah membaca ketika solat
di belakang Nabi saw., 'Assalamu 'alallahi, assalamu 'ala fulanin' (Keselamatan
bagi Allah dan keselamatan bagi si Fulan)."
Maka pada suatu hari Rasulullah saw.
bersabda kepada kami, "Allah itu sendiri bernama 'As Salam'. Kerana itu apabila
kamu duduk (tasyahhud) dalam solat, maka bacalah : 'Attahiyyatu lillahi, wash
shalawatu wath thayyibatu. Assalamu 'alaika ayyuhan nabiyyu wa iahmatullahi wa
barakatuhu. Assalamu 'alaina wa 'ala 'ibadillahish shalihin. Ucapan ini meliputi
bagi semua orang soleh, baik di langit maupun di bumi.
'Asyhadu alla ilaaha
illallah. Wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuluhu'. (Segala kehormatan
hanya untuk Allah semata-mata, begitu pula segala doa
dan ucapan-ucapan yang baik. Keselamatan untukmu, wahai Nabi, beserta rahmat
Allah dan berkat daripadaNya. Keselamatan bagi kami dan bagi semua orang yang
soleh. Aku mengaku tidak ada Tuhan selain Allah. Dan aku mengaku bahawa Muhammad
itu hambaNya dan RasulNya.)
Sesudah itu kamu boleh menyambungnya dengan doa yang kamu sukai."
No comments:
Post a Comment