Khamis, 12 Jamadilakhir 1436H: Dari Abdullah r.a., katanya: Ketika Rasulullah s.a.w. sedang
sujud dan sekelilingnya ada orang-orang Quraisy yang musyrik. Tiba-tiba
datanglah kepada beliau 'Uqbah bin Abi Muaaith, membawa perut (tempat peranakan)
unta, lalu dilemparkannya di atas punggung Nabi s.a.w. Beliau belum lagi
mengangkat kepalanya, sehingga Fatimah datang, lalu diambilnya dari punggung
beliau, dan Fatimah mendoakan kebinasaan orang yang
melakukan yang demikian itu.
Nabi s.a.w. berdoa: "Ya
Tuhan! Terserah kepada Engkau membalasi pemuka Quraisy! Ya Tuhan! Terserah
kepada Engkau memberi balasan kepada Abu Jahl bin Hisyam, 'Utbah bin Rabiah,
Syaibah bin Rabiah, 'Uqbah bin Abu Muaith, dan Umaiyah bin Khalaf atau Ubaiy bin
Khalaf!"
Saya lihat semua mereka itu dibunuh dalam peperangan Badr, lalu
dilemparkan ke dalam telaga, selain Umaiyah atau Ubaiya kerana ia seorang
laki-laki yang besar (gemuk). Setelah mereka mengheretnya putus persendiannya
sebelum dilemparkan ke dalam telaga"
Hadis Sahih Bukhari.
No comments:
Post a Comment