Friday, December 18, 2015

Seluruh Bumi Allah Adalah Tempat Sujud

Jumaat, 6 Rabiulawal 1437H: Dari Ibrahim bin Yazid At Taimi r.a., katanya: "Pada suatu ketika aku membacakan Quran kepada bapaku di halaman masjid. Ketika aku membaca ayat sajadah, beliau sujud. 

Lalu aku bertanya kepada beliau, "Mengapa ayah sujud di jalanan?" 

Jawab beliau, "Aku mendengar Abu Dzar bercerita, bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw. tentang masjid yang mula-mula dibangun di muka bumi." 

Jawab Rasulullah saw.," Masjidil Haram." 

Kemudian ditanyakannya pula, "Sssudah itu masjid apa lagi." 

Jawab beliau, "Masjidil Aqsha." 

Kemudian ditanyakannya pula, "Berapa lama jarak antara keduanya di bangun".

Jawab beliau, "Empat puluh tahun." 

Lalu beliau melanjutkan bicaranya: Kemudian seluruh bumi Allah adalah tempat sujud bagi mu. Kerana itu di mana saja kamu berada, jika waktu solat telah tiba, maka solatlah segera."

Hadis Sahih Muslim 

No comments: