Jumaat, 24 Rabiulakhir 1439H: Dari Abu Dzar r.a., katanya beberapa orang sahabat Nabi saw. pernah
berkata kepada beliau, "Kaum hartawan dapat memperoleh pahala yang lebih
banyak. Mereka solat seperti solat, puasa seperti kami puasa, dan
bersedekah dengan sisa harta mereka."
Jawab Nabi saw., "Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah?
Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah
sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil
adalah sedekah; amar ma'ruf dan nahyi
munkar (mengajak kepada kebajikan dan melarang kepada yang mungkar)
adalah sedekah; bahkan pada kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah."
Tanya mereka, "(Kalau begitu), dapat pahalakah kami bila kami memuaskan nafsu syahwat kami?"
Jawab Rasulullah saw., "Kalau kamu melakukannya dengan yang haram,
tentu kamu berdosa. Sebaliknya bila kamu lakukan dengan yang halal, kamu
dapat pahala."
No comments:
Post a Comment