Khamis, 10 Rabiulawal 1441H: Dari Abu Musa RA yang mana beliau berkata:
خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَامَ
فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ
يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ
يَفْعَلُهُ فِي صَلاَةٍ قَطُّ ثُمَّ قَالَ " إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ
الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ
وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ فَإِذَا
رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ " .
Maksudnya: Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi sallallahu
'alaihi wa sallam. Lalu baginda bangun dalam keadaan takut akan
berlakunya hari Kiamat sehingga baginda tiba di masjid.
Lalu
baginda mendirikan solat yang paling panjang berdirinya, ruku'nya dan
sujudnya yang pernah aku lihat Baginda lakukan di dalam solat.
Kemudian Baginda berkata: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda yang Allah
hantar. Ia tidaklah berlaku kerana kematian atau kehidupan seseorang.
Akan tetapi Allah menghantarnya untuk menimbulkan rasa takut pada
hambaNya.
Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah mencari
perlindungan dengan mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon
keampunanNya.
Hadis Riwayat Muslim (912)
No comments:
Post a Comment