Selasa, 22 Rabiulawal 1441H: Daripada Nabi SAW menyebut :
أَنَّ رَجُلاً زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى ، فَأَرْصَدَ
اللَّهُ لَهُ ، عَلَى مَدْرَجَتِهِ ، مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ ،
قَالَ : أَيْنَ تُرِيدُ ؟ قَالَ : أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ
الْقَرْيَةِ ، قَالَ : هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا ؟
قَالَ : لاَ ، غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللهِ عَزَّ وَجَلَّ ، قَالَ
فَإِنِّي رَسُولُ اللهِ إِلَيْكَ ، بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا
أَحْبَبْتَهُ فِيهِ
Maksudnya : Seorang lelaki menziarahi
saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar
malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju.
Apabila
lelaki itu sudah mendekat malaikat itu bertanya : "Ke manakah engkau mahu
pergi?"
Jawab lelaki itu : "Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini."'
Malaikat berkata : "Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepada?."
Lelaki itu berkata : "Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah Azza Wa Jalla."
Malaikat itu berkata : "Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang
dihantara kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau
mencintai saudara engkau itu.”
Hadis Riwayat Muslim (6714)
No comments:
Post a Comment