Tuesday, May 12, 2020

Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Keuzuran

Selasa, 18 Ramadhan 1441H: Berkata Ibn Abbas R.Anhuma: “Golongan (yakni mereka diberikan tanggungjawab untuk berpuasa tetapi mereka tidak mampu) itu adalah lelaki tua renta dan wanita tua renta, yang masing-masing tidak mampu untuk berpuasa, maka mereka hendaklah memberi makan setiap hari seorang miskin.”

Riwayat al-Bukhari (no. 4235).

Daripada Abu Hurairah RA bahawa dia berkata: “Barangsiapa yang mencapai umur tua kemudian tidak mampu berpuasa Ramadhan maka dia wajib bagi setiap hari (yang ditinggalkan) itu satu mudd daripada tepung gandum.”

Riwayat al-Baihaqi (4/271).

No comments: