Wednesday, November 25, 2020

Berbuat Baik Kepada Makhluk Hidup

 

Rabu, 9 Rabiulakhir 1442H: Diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda :“Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.

Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilati debu kerana sangat haus. Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi”.
 
Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali. Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. ALLAH berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya. 
 
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?” 
 
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.” 
 
(HR Muslim)

No comments: