Tuesday, January 12, 2021

Pembahagian Surah Di Dalam Al Quran

 

Selasa, 28 Jamadilawal 1442H: Diriwayatkan oleh Wathilah Bin Al-Asqa’. Sabda Nabi SAW:

أُعْطِيتُ مَكَانَ التَّوْرَاةِ السَّبْعَ وَأُعْطِيتُ مَكَانَ الزَّبُورِ الْمَئِينَ وَأُعْطِيتُ مَكَانَ الْإِنْجِيلِ الْمَثَانِيَ وَفُضِّلْتُ بِالْمُفَصَّلِ
 
Maksudnya :” Aku diberikan Al-Sab’a Al-Tiwal sebagai ganti kepada Taurat. Aku juga diberikan Al-Miin sebagai ganti kepada Zabur. Dan Aku juga diberikan Al-Mathani sebagai ganti kepada Injil dan aku dilebihkan dengan diberikan Al-Mufassal.”
 
Riwayat Imam Ahmad (16982) di dalam Al-Musnad
Sheikh Syu’aib Al-Arnaut menyatakan bahawa sanad hadis ini adalah sanad yang hasan. Di dalamnya sanad tersebut ada seorang perawi yang bernama ‘Imran Bin Al-Qattan yang dikenali sebagai Ibnu Dawar. Beliau merupakan perawi yang diterima periwayatannya. Dan kebanyakan perawi yang ada di dalam sanad hadis ini adalah perawi yang dipercayai kredibilitinya (thiqah). (Rujuk Musnad Ahmad cetakan Muassasah Al-Risalah, 28/188).
 
 Image may contain: Apeq Lee AbdRasik

No comments: