Thursday, June 24, 2021

Menolong Sesama Mukmin

 Khamis, 14 Zulkaedah 1442H: Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

 
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنيَا نَفَّسَ اللهُ عنهُ كربَةً مِنْ كُرَبِ يومِ القيَامَةِ ومنْ يسَّرَ عَلى مُعسِرٍ يسَّرَ اللهُ عليهِ فِي الدُنيَا والآخِرَةِ ومَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنيَا والآخِرَةِ واللهُ فِي عَوْنِ العَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عونِ أخيهِ
 
Maksudnya: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. 
 
Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. 
 
Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya."
 
Riwayat Muslim (2699)May be an image of text that says "GENG NGAII SEDEKAH SUBUH "Tidak ada satu Subuh pun yang dialami hamba- hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq". sedangkan yang satu lagi berdoa "Ya Allah, berilah kerosakan bagi rang yang menahan (hartanya)". (HR Bukhari) SEIKHLAS HATI f よ TisTnk Geng Ngaji Global 5622 6355 2140 Pusat Pengajian AI Quran Albaghdadi Sahabat Geng Ngaji Global"

No comments: