Friday, July 31, 2009

Nikmat Allah Yang Mana Kamu Dustakan

Jumaat 9 Sya'aban 1430H - Ishak bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mengucapkan LAA ILAAHA ILLALLAH diwajibkan syurga baginya dan barangsiapa mengucap “SUBAHANALLAHI WABIHAMDILHII” sebanyak 100 kali maka akan diperuntukkan baginya 124 ribu kebaikan” . Para sahabat berkata : “Jika demikian maka seseorang pun di antara kami tidak akan binasa (pada hari Kiamat kerana kebajikan mereka lebih banyak daripada kejahatan)”. Baginda SAW bersabda : Sebahagian dari manusia akan binasa juga kerana mereka akan membawa kebaikan (banyak sekali) yang jika diletakkan diatas sebuah gunung nercaya gunung itu akan terkepit. Tetapi jika dibandingkan dengan nikmat-nikmat Allah semua (kebaikan yamg sekian banyak itu) akan dihapuskan. Kemudian Allah SWT akan menolong hamba itu dengan limpah kurnniaNya”.
Jika dibandingkan dengan nikmat-nikmat Allah maka semua kebaikan seseorang itu akan terhapus yakni pada hari Kiamat di mana kebaikan dan keburukan akan dipertimbangkan. Maka di sana mengenai nikmat-nikmat Allah juga disoal yakni nikmat-nikmat yang dianguerahkan kepada kamu itu adalah kamu mensyukurinya dan dimanakan kamu mempergunakan kerana segala-gala yang ada pada manusia itu adalah pemberian Allah SWT dan setiap pemberian itu adalah hakNya maka hak-hak itu pasti akan dituntut. Sepertimana yang diperingatkan oleh Rasulullah SAW ; “Bahawa pada setiap pagi hari diwajibkan satu sedekah pada setiap anggota manusia”. Didalam hadis lain ada dinyatakan : “Bahawa pada tubuh manusia ada 360 tulang. Maka semestinya manusia membayar sedekah bagi setiap tulang itu untuk bersyukur kepada Allah SWT yang mana ia membangunkan dari keadaan tidur dalam keadaan sihat. Perbandingan bangun daripada tidur adalah laksana hidup kembali sesudah mati.”
Para sahabat berkata : Siapakah diantara kami yang sanggup membayar sedekah yang demikian banyak setiap hari?”. Baginda bersabda : “Bahawa setiap sesuatu yang dikerjakan semata-mata kerana Allah itu semuanya adalah sedekah.”. Terdapat beberapa hadis lagi menyatakan selain daripda nikmat2 Allah iaitu makan, minum, kesenangan dan kemewahan yang dianugerahkan kepada manusia pada setiap masa. Itu tidak mungkin dihitung banyaknya.
Di dalam surah ALHAAKUMUTTAKAASUR ada disebutkan bahawa tentang tiap2 satu nikmat Allah SWT akan disoal pada hari kiamat. Ibu Abbas ra berkata :"Tentang kesihatan tubuh dan anggota2nya seperti perdengaran dan pengelihatan serta lain2nya akan disoal. Yakni nikmat2 yang dianugerah kepada kamu mempergunakannya ( apakala digunakan pada jalam Allah untuk menperkembangkan agamaNya atau adalah dipergunakannya hanya untuk menjaga perut masing2 seperti haiwan”.
Didalam surah Ibnu Israil juga diperingatkan. Allah SWT berfirman yang maksudnya :"Sesungguhnya pendengaran,pengellihatan dan hati semuanya itu akan ditanya pada hari kiamat bahawa ini semuanya dimanakah dipergunakannya”. Baginda SAW bersabda :"Tentang nikmat2 Allah SWT yang akan ditanya pada hari kiamat termasuklah ketenteraman hati dan kesihatan tubuh.” Mujahil rah.a berkata : ”tiap-tiap kelazatan duniawi dan kemewahaan hidup adalah termasuk nikmat dan semuanya akan ditanya.” Ali ra berkata : "Tentang nikmat2 yang akan disoal pada hari Kiamat termasuklah kesihatan ”
Sekali seorang bertanya kepada Ali ra.: "Apakah yang dimaksudkan dengan ayat yang ertinya:” Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu (pada hari kiamat) tentang kenikmatan (yang kamu megah2kan di dunia itu).” Jawab beliau: "Bahawa apa2 yang ditanyai pada hari kiamat termasuklah roti gandum, air, angin ( dan semua jenis makanan serta minuman) dan rumah kediaman,” Didalam hadis ada disebut bahwa apabila ayat yang tersebut diturunkan maka sebahagian dari para sahabat bertanya : "Kenikmatan yang manakah akan ditanya Ya, Rasulullah SAW ? Makanan yang kami perolehi itu pun tidak mencukupi buat mengenyangkan perut.” Maka turunlah wahyu untuk menyatakan kepada mereka.: "Bahawa tidakkah kamu memakai kasut dan meminum air sejuk. Bukankah itu semua merupakan kenikmatan yang Allah berikan ?”.
Didalam sebuah hadis lagi disebutkan bahawa apabila ayat tersebut diturunkan maka sebahagian dari para sahabat bertanya .: ”Kenikmatan yang manakah yang akan ditanyai Ya Rasulullah SAW? Sedangkan yang kami perolehi sebagai makanan hanyalah sebuah tamar dan air sejuk. Pedang sentiasa tergantung di bahu (untuk berjihad) dan musuh (orang2 kafir) berhadapan dengan kami (yang kerana itu kedua2 jenis makanan itupun kami tidak dapat nikmati dalam keadaan tenang dan tenteram)’. Jawab Baginda SAW ;"Bahawa tidak lama lagi kamu akan mencapai kenikmatan yang tak terhitung banyaknya.”
Di dalam sebuah hadis ada diterangkan bahawa julung2 pertanyaan yang akan ditanyakan pada hari kiamat ialah tentang kesihatan tubuh. Allah SWTT bertanya:"Kami mengaugerahi kamu kesihatan tubuh (maka dimanakah kamu mempergunakannya dan apakah yang kamu perbuat untuk mendapatkan keredhaan Allah ) Dan kami menganugerahkan air yang sejuk ( air sejuk ini merupakan nikmat Allah yang paling besar, dimana2 manusia tidak memprolehi air yang cukup buat keperluan meraka maka merekalah yang merasai dan mengetahui akan hakikat kenikmalatn itu. Tetapi kita tetap bersifat acuh tak acuh terhadap nikmat sebesar ini. Mensyukurinya itu mememanglah jauh sekali.)”.
Didalam sebuah hadis ada disebutkan tentang kenikmatan yang ditanyai pada hari kiamat ialah mengenai sekeping roti yang mengenyangkan, air yang menghilangkan dahaga dan pakaian yang dipergunakan untuk menutup aurat. Sekali Abu Bakar Siddiq ra pada waktu tengahari ditengah panas yang terik telah keluar dari rumahnya dalam keadaan gelisah. Setelah beliau tiba di mesjid melihat Omar ra dalam keadaan yang sama . Beliau bertanya Omar ra.:"Untuk apakah sekarang kau berada disini?, Jawabnya : "Kerana penderitaan kelaparan”. Omar ra berkata ; " Bahawa itu juga yang menyebabkan aku datang ke sini” Kedua2 sahabat mulia itu terus berbual2 kemudian mereka melihat Baginda SAW sedang datang ke situ. Mereka berdua ditanyai oleh Rasulullah SAW.; "Untuk apakah kamu berdua berada disini?.” Mereka menjawab; ” Ya Rasulullah kami sedang menderitai kelaparan.” Baginda SAW bersabda : "Ianya juga yang mendatangkan aku kesini.”
Baginda SAW bersama2 kedua2 sahabatnya pergi kerumah Abu Ayub Al Ansari ra yang pada masa itu tiada dirumah. Isterinya menyambut baginda SAW dah sahabat2 dengan penuh gembira. Baginda SAW bertanya :"Ke manakah Abu Ayub?.” Ia berkata; "Ia pergi ke mana2, sebentar lagi akan pulang.” Setelah itu Abu Ayub ra pun sampai. Beliau amat gembira melihat Rasulullah SAW dan kedua2 sahabat berada dirumahnya. Belau membawa segugus tamar dan meletakkan di hadapan Baginda SAW. Baginda SAW bersabda:”Kenapa dibawa sebanyak segugus ini yang mempunyai buah2 yang tengah masak dan ada pula yang masih mentah. Bukankah baik kamu ambil yang masak saja?” Abu Ayub ra berkata : “ Aku membawa semuanya supaya yang mana digemari boleh dinikmati ( kerana terkadang2 tamar yang tengah masak itu lebih digemari orang).”. Kemudian beliau menyembelih anak seekor kambing untuk dimakan, separuhnya digoreng dan separuhnya digulai. Baginda mengambil sedikit roti dan sedikit daging, kemudian diserahnya kepada Abu Ayub ra sambil bersabda; “Makanan itu hendaklah kau samapikan kepada anak kesayanganku Fatimah ra kerana sudah beberapa hari ia tidak memperolehi makanan apa-apa.”.
Setelah menikmati makanan yang dihidangkan Bgainda SAW bersabda : Bahawa roti, daging dan beranika jenis rupa buah tamar ini semua adalah merupakan kenikmatan Allah SWT.” Kemudian mata Baginda SAW dicucui airmata, sambil bersabda : Demi Tuhan yang memiliki nyawaku, ini semuanya kenikmatan Allah SWT yang akan ditanya pada hari kiamat (para sahabt memperolehi nikmat2 dalam keadaan di mana mereka sangat2 berkehendakkannya. Disebabkan itu mereka merasa keharianan dan dukacita yang amat sangat kerana kenikmatan yang diperolehi dalam keadaan demikian itu pun akan disoal).”
Selanjutnya Baginda SAW bersabda; “Mensyukuri nikmat2 Allah itu telah diwajibkan. Oleh itu apabila anda menghadapi hidangan makanan maka mulailah makanan dengan ucapan BISMILLAHH. Dan setelah selesai nenikmatinya hendak kamu membaca ALHAMDULILLAAHILLAZI HUWA ASYA’ANAA WA-AN’AMA ALAINAA WAAFDLA yang ertainya (Segala puji bagi Allah yang telah mengenyangkan kami menberikan kenikmatan yang banyak.) Dengan membaca doa ini kamu dapatlah bersyukur kepada Allah.”.
Pada satu ketika Umar ra lalu dihadap seorang yang bisu, tuli lagi bersopak. Beliau bertanya kepada rakan2nya: “Adakah anda melihat kenikmatan2 Allah pada orang ini ?”. Mereka menjawab:” Kami tidak apa-apa kenikmatan pun pada orang ini.” Beliau berkata :" Apakah dia tidak membuang air kecil dengan senang.” Rasulullah SAW bersabda : "Tiadalah seorang pun di antara kamu yang tidak menghadap Allh SWT pada hari kiamat, di mana tidak ada hijab (tirai) di antara Allah dengan makhlukNya. Dan juga tidak ada pembela bagi mereka. Jika mereka terpandang kekanan mereka akan melihat timbunan amal-amalannya. Amalan-amalan samada baik atau buruk akan bersama-samanya. Dan api neraka jahanam akan berada dihadapannya. Oleh sebab itu seboleh2nya padamkanlah api neraka itu dengan memberikan sedekah walaupun dengan separuh tamar sekali pun.”.
Didalam hadis yang lain ada diberitakan bahawa manusia tidak akan bergerak dari mahkamah Allah SWT selagi tidak dikemukakan kepadanya lima persoalan berikut:
1. Usiamu, dimanakah kamu perhabiskan.
2. Masa muda remajamu, manakah kamu pergunakan ?
3. Hartamu, dari sumber mana kamu carikan dan dimana kamu belanjakan? (yakni sumber pencarian dan belanja adakah halal atau haram)
4. Waktu sehat, dimana kamu pergunakan ?
5. Ilmu yang diperolehi, adakah kamu aamalkan? ( walau pun sedikit ataupun banyak yakni ajaran2 agama yg ada dlm pengetahuanmu itu kamua amalkannya atau tidak.)

Pertikan Fadhilat Dzikir oleh Raisul Muhadditsin Allama Mohammad Zakariyya D.B Syeikul Hadits.

1 comment:

zainal said...

ALlah tahu manusia ini pelupa & selalu kufur nikmat. Justeru, sebanyak 31 kali Allah ingatkan dlm surah AR Rahman, mafhumnya "maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan". Ya ALlah, kami lemah, berilah kekuatanMU.