Isnin, 20 Zulhijjah 1430H : Rasulullah s.a.w bersabda : “Kamu semua tidak akan dapat masuk Syurga sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak beriman dengan sempurna sehinggalah kamu berkasih sayang, mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu apabila kamu lakukan sudah pasti kamu akan berkasih sayang, iaitu sebarkan SALAM di antara kamu.” ( Riiwayat Muslim )
Pengajaran Hadis :
- Sesorang itu tidak akan dapat masuk Syurga melainkan apabila ia beriman.
- Tidak sempurna iman seseorang melainkan ia berkasih sayang antara sesama mereka. (Muslim)
- Antara HAK seorang muslim ke atas muslim yang lain ialah memberikan SALAM apabila berjumpa samada kepada yang dikenali atau tidak.
- Lafaz salam ialah : “ As’salammualaikum wa’rahmatuallahi wa’barakatuh” manakala jawab salam : “Wa’alaikum’mu salam wa’rahmatuallahi wa’barakatuh”.
- Hukum memberi salam adalah SUNAT dan hukum menjawab salam adalah WAJIB
- Makruh memberi salam kepada wanita bukan muhram kecuali yang tua.
- Makruh memberi salam kepada orang sedang membaca AlQuran, Berzikir, Bertalbitah, Mengajar dan Berkutbah.
- Di SUNATkan memberi salam ketika beredar dari majis, masuk rumah, pejabat, kelas dan masjid.
- Di SUNATkan memberi salam walaupun rumah atau masjid kosong dengan ucapan “As’salammu alaina wa’ala e’badillah’hisolihin”
- Memberi salam kepada ahli rumah adalah punca keberkatan kepada kita dan ahli rumah kita. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Anas r.a “ Apabila kamu masuk kepada ahli kamu, maka berilah salam, maka ia akan memberi keberkatan kepada kamu dan ahli kamu ( Riwayat Ai Tirmiziy)
- Di SUNATkan bersalam sesama lelaki dan sesama perempuan tetapi di HARAM bersalam antara lelaki dengan perempuan bukan muharam.
- Hendaklah orang lebih muda memberi salam kepada yang lebih tua dan yang berjalan kepada orang yang duduk dan kelompok yang sedikit kepada kelompok yang ramai.
- Tidak boleh memberi salam kepada orang kafir, yahudi dan ahli kitab. Sekiranya mereka memberi salam maka jawablah “Waa’laikum!”
No comments:
Post a Comment