Monday, December 21, 2009

Kebesaran Allah DiKemuncak Gunung Kinabalu

Isnin, 4 Muharam 1431H; - Pada 13 Disember 2004 bersamaan 26 Zulhijjah 1430H, Alhmadulillah dengan izin Allah SWT pada pukul 6.20 pagi ana bersama 5 sahabat terdiri daripada Hj Ahmad, Hj Norazmi, Hj Zulkifili, Hj Azmin dan Dr Zainal dari Taman Perumahan Dang Anum, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi telah berjaya menjejakkan kaki di puncak salah satu gunung tertinggi di Asia Tenggara dan tertinggi di Malaysia serta tertinggi di kepulauan Boreno iaitu Gunung Kinabalu, Sabah. (4095m)

Pemandangan Kemuncak Gunung Kinabalu Sabah pada jam 7.30 pagi pada 12 Dis 2009. Dikemuncak gunung inilah kami melaungkan Azan dan sujud menyembah Allah dicelahan batu yang curam dan licin untuk mengerjakan solat Subuh pada jam lebih kurang 5 pagi dalam perjalanan ke Low's Peak.

Bersemangat dan bersedia kumpulan daripada Taman Dang Anum untuk menawan kemuncak Gunung Kinabalu. Pada 12 Disember 2009, lebih kurang jam 9 pagi kami bertujuh bertolak melalui Mesilau Trial di Kundasang. Laluan yang jarang dilalui oleh pendaki dan lebih 2 km dibanding dengan Timpohon gate.

Pada 13 Disember 2009, jam 3 pagi kami bertolak dari Penginapan di Laban Rata ke Low's Peak sejauh 3.5km. Alhamdulillah, Subahallah, Allahu Akbar....itu ucapan kegembiraan kami setelah berjaya menawan kemuncak Gunung Kinabalu setelah lebih kurang 3 jam perjalanan penuh cabaran dengan hujan lebat, kesejukan yang amat sangat, batuan yang curam dan licin. Allah memabulkan doa kami.
Hj Norazmi bersyukur kepada Allah kerana walaupun kesejukan yang amat sangat kerana hujan yang turun sejak dari pukul 1 pagi tapi dengan izin Allah berjaya juga sampai ke kemuncak. Tebal kabus tebal lagi semangat kami untuk mencapai misi.

Senyum kesyukuran Hj Azmin tak dapat disembunyikan setelah kaki berada dipuncak cabaran yang dicita-citakan. Kerasnya batu, keras lagi hati kami untuk sampai kepuncak.


Walaupun penat berjalan sepanjang hari lebih daripada 12 jam, jelas terlihat kepuasan Hj Ahmad dipuncak Low's Peak Gunung Kinabalu. Tidak sia-sia berbasikal setiap hari. Jauh perjalanan, luas pengalaman.

Semangat, keyakinan diri, pengalaman dan bertawakal kepada Allah menjadi dorongan kepada Hj Zul untuk bersama-sama menjejakkan kaki untuk kali ke-2 di puncak gunung. Biar sakit dikaki, jangan sakit dihati.

Semua kekuataan mental dan jasmani kami telah diuji, kesabaran menjadi benteng diri, tunduk kepada Allah merendah diri dengan semangat jati diri. Dr Zainal berdiri gagah tanda berpuashati mencapai misi. Kecil-kecil cili padi....

Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah yang maha besar akhirnya untuk kali ke-2 menawan kemuncak gunung Kinabalu. Ya Allah! redai dan ampunkan kami sekiranya kami berdosa. Pandang dengan mata kasar, lihat dengan mata hati

Wajah seorang wira yang tidak didendang, Aging pemandu arah (Guide) daripada suku Kadazan Dusun yang entah berapa beratus kali.... ?? menjejakkan kaki ke puncak Gunung Kinabalu. Semuga Allah memberi hidayat dan taufik kepadanya dengan kalimah tauhid.


Lebih kurang jam 10.30 pagi kami bertolak turun dari Laban Rata ke Timpohon Gate dan sampai lebih kurang jam 4 petang. Maha Suci dan Maha Besar Allah SWT yang memberikan kami kesempatan melihat ciptaan kebesarannya dan menginsafkan kami bertapa kedilnya kami disisiNya.

1 comment:

zainal said...

Maha Suci Allah yang menjadikan gunung & langit sebagai tanda kewujudan Maha Esa. Penerokaan ini menginsafkan kami betapa kerdilnya sebagai hamba & maha Agung & Kuasanya Allah. Mafhum Firman Allah: "Dia yang membentangkan bumi dan menjadikan diatasnya gunung-gunung dan sungai-sungai. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutup malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan". -Ar Ra'd: 3. Semua yang dinyatakan oleh allah dlm ayat ini, dapat kami lihat, rasai dan menghayatinya. Pengembaraan ini benar-benar mengeratkan hubungan kami dgn Allah & hubungan sesama manusia. Buat sahabatku semua, " I Love U ALL".