Selasa, 21 Zulhijjah 1430H : Dari Abu Hurairah ra. telah berkata : “Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar wajahnya dan bercahaya kaki tangannya kesan dari wuduk” ( Muttafaqun alaih )
Pengajaran Hadis :
- Kelebihan berwuduk dan sesungguhnya ia adalah sebab utama untuk mendapat kebahagian yang kekal abadi.
- Kesan wuduk pada anggota badan akan bertukar menjadi cahaya dan kilauan yang menyinar di muka, tangan dan kaki pada hari kiamat.
- Keistimewaan kilauan cahaya diakhirat nanti adalah khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w sahaja. Ini kerana wuduk adalah satu ibadah khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.
- Kelebihan sentiasa berada didalam berwuduk dan memperbanyakkan solat sunat selepas wuduk. Ia merupakan sebab utama Bilal bin Rabah digembirakan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai ahli Syurga. Dari Abu Hurairah ra.: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah berkata kepada Bilal pada suatu hari selepas solat Fajar: “Wahai Bilal! Beritahulah aku dengan amalan yang paling diharapkan yang telah engkau lakukan dalam Islam, ini kerana aku telah mendengar (semalam) bunyi pergerakan selipar engkau dihadapanku di dalam Syurga! Jawab Bilal; “ Aku tidak lakukan amalan yang paling diharapkan, melainkan aku bersuci (berwuduk) di saat malam hari dan di saat siang hari aku bersolat dengan wuduk tersebut setakat yang ditakdirkan Allah ke atas ku untuk solat (sunat) “ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
- Hadis ini sebagai dalil wujudnya hari kebangkitan dan pembalasan selepas mati. Ia adalah salah satu rukun iman yang enam yang wajib diimani oleh setiap mukmin.
- Umat Nabi Muhammad ada dua kategori,
Pertama: Umat dakwah, iaitu yang sampai dakwah kepada mereka.
Kedua: Umat Ijabah, iaitu umat yang sampai dakwah dan menerima dakwah yang disampaikan kepada mereka.
No comments:
Post a Comment