Jumaat, 29 Syawal 1431H : Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, Allahu Akbar. Insyallah, saya dan isteri telah dijemput oleh Allah SWT untuk mengunjungi Baitulallah untuk melaksanakan rukun Islam yang ke lima pada tahun 1431H. Saya mohon ampun dan maaf kepada pembaca-pembaca blog ini jika terdapat sebarang kesilapan. Mohon doa daripada pembaca semua supaya saya dan isteri khususnya dan serta semua jemaah haji amnya akan dapat mengerjakan haji dengan sempurna dan mendapat haji yang Mabrur.
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ ، لَبَّيْكَ إنَّ الْحَّمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالمُلْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ
Labbaika Allahomma Labbaik. Labbaik La Shareeka Laka Labbaik. Innal-Hamdah, Wan-Nematah, Laka wal Mulk, La Shareeka Laka.
Maksud:
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".
1 comment:
Sesungguhnya terpilih menjadi tetamu Allah adalah jemputan yg agung sekali. Kami doakan sahabat Razip & isteri dilindungi oleh Allah, sihat sejahtera, tenteram jiwa dan mendapat haji yg mabrur.
Post a Comment