KHamis, 24 Jamadilawal 1432H ;Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Neraka dilingkari oleh hal-hal yang menarik hawa nafsu sedangkan syurga dilingkari oleh hal-hal yang tidak disenangi.” (HR al-Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Setiap umatku masuk ke dalam syurga selain orang yang enggan. Mereka bertanya:”Ya Rasulullah! Siapakah yang enggan itu? Jawab baginda:”Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan.”(HR al-Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:”Setiap umatku masuk ke dalam syurga selain orang yang enggan. Mereka bertanya:”Ya Rasulullah! Siapakah yang enggan itu? Jawab baginda:”Siapa yang mematuhi perintahku, masuk syurga dan siapa yang melanggar perintahku maka sesungguhnya orang itu enggan.”(HR al-Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi s.a.w bersabda:”Setiap yang masuk ke dalam syurga diperlihatkan kepadanya tempat diamnya di dalam neraka jika seandainya dia melakukan kesalahan, supaya dengan itu bertambah syukurnya kepada Tuhan. Setiap orang yang masuk ke dalam neraka, diperlihatkan kepadanya tempat diamnya di dalam syurga jika seandainya dia melakukan perbuatan baik, supaya dengan itu timbul penyesalannya.” (HR Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” (HR Muslim)
Keterangan Hadis.
1. Pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan sebenarnya adalah satu sunnah di dalam kehidupan manusia. Setiap perkara yang menjurus kepada nafsu sentiasa mendorong manusia untuk melakukannya sedangkan perkara yang mengajak kepada syurga sentiasa ada halangan dan rintangannya. Itulah yang dinamakan cabaran iman.
1. Pertentangan di antara kebenaran dan kebatilan sebenarnya adalah satu sunnah di dalam kehidupan manusia. Setiap perkara yang menjurus kepada nafsu sentiasa mendorong manusia untuk melakukannya sedangkan perkara yang mengajak kepada syurga sentiasa ada halangan dan rintangannya. Itulah yang dinamakan cabaran iman.
2. Allah SWT memberi khabar gembira terhadap orang-orang yang sanggup mengorbankan gelora hawa nafsunya demi untuk berbakti di jalan Allah bahawa mereka nanti akan diberi ganjaran syurga yang penuh dengan kemewahan dan kenikmatan.
3. Kekuatan iman itu akan tetap terpelihara dengan sebaik-baiknya apabila wujudnya nilai-nilai istiqomah di dalam hati dan sabar adalah kunci kekuatan tersebut. Ia menjadikan manusia dapat bertahan daripada dipengaruhi oleh sebarang hasutan yang menarik diri mereka kepada neraka.atau dengan lain perkataan kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarrab untuk seseorang itu sampai ke syurga
4. Dunia ini adalah kerajaan Allah SWT. Segala yang ada di alam ini adalah daripada kurniaan rahmat Allah. Manusia merupakan khalifah Allah, diciptakan untuk memuja Allah dan memikul amanah Allah. Hidup ini merupakan pemberian Allah dan kematian pula adalah qadar atau ukuran dari Allah.
5. Dunia ini adalah kebun tempat manusia berusaha untuk mematuhi perintah Allah, dan akhirat adalah masa menuai dan menerima balasan daripada Allah. Orang yang berbahagia ialah mereka yang menurut petunjuk Allah dan Rasul-Nya, dan orang yang malang ialah mereka yang membelakangkan diri dari pengajaran Allah dan Rasul-Nya.
6.Manusia yang ditugaskan memikul beban dan tanggungjawab di dunia yang fana dan penuh cabaran ini hendaklah mempunyai persiapan untuk kehidupan yang selamanya di negeri yang abadi di mana kematian adalah jambatan yang menghubungkan antara keduanya yang seterusnya menyampaikan mereka ke suatu tempat sama ada ke syurga atau ke neraka.
7. Syurga dan neraka bukanlah asing bagi pendengaran manusia yang sampai kepadanya seruan dakwah Islam. Namun begitu tidak banyak yang mengambil iktibar di atas setiap peringatan yang diberikan iaitu tentang azab yang bakal dikenakan kepada orang yang melanggar perintah Tuhan dan balasan nikmat yang bakal dinikmati oleh orang yang beriman dan beramal soleh.
7. Syurga dan neraka bukanlah asing bagi pendengaran manusia yang sampai kepadanya seruan dakwah Islam. Namun begitu tidak banyak yang mengambil iktibar di atas setiap peringatan yang diberikan iaitu tentang azab yang bakal dikenakan kepada orang yang melanggar perintah Tuhan dan balasan nikmat yang bakal dinikmati oleh orang yang beriman dan beramal soleh.
8. Lantaran itu di akhirat kelak tiada manusia yang tidak akan menyesal di atas segala kejahatan yang telah dilakukan bila mana mereka melihat akan keindahan syurga yang diperlihatkan kepada mereka berserta dengan segala nikmat di dalamnya manakala orang-orang yang dimasukkan ke dalam syurga pula akan merasa sungguh bersyukur kerana terselamat daripada bencana yang amat mengerikan sepertimana yang mereka lihat pada neraka dan penghuni neraka yang mengalaminya.
9. Orang yang masih hidup yang masih mempunyai harapan (peluang) untuk memperbaiki nasib kita di akhirat kelak hendaklah segera bertaubat dan mengerjakan amalan yang diredhai Allah SWT agar nanti kita tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi.
10. Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan. Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya laranga-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan.
11. Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya.
12. Orang mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-dua-nya (kebahagiaan dunia dan akhirat). Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata. Sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.
1 comment:
Salah satu kemahiran yang perlu bagi setiap insan ialah kemahiran membuat keputusan.
2.Kemahiran ini penting kerana setiap waktu manusia berada dlm keadaan dilema/keliru/was-was malah hingga tahap celaru untuk membuat pilihan.
3.Hendak pilih syurga vs neraka, pergi vs tak pergi, suka vs benci, belajar vs main-main, ikut kawan vs tolak ajakan kawan, tipu vs jujur, ikhlas vs pura-pura, tidur vs jaga, tgk TV vs solat. Kesemua situasi ini memerlukan manusia membuat pilihan.
4.Kemahiran membuat keputusan yg sentiasa mengikut syariat, berdasarkan keutamaan dan yang bermanfaat ini perlu dipupuk sejak kecil lagi dan berterusan hingga dewasa.
5.Insyallah kemahiran ini akan mengelakan manusia tersalah pilih @ membuat pilihan yg tersasar!
Wallahuaklam.
Post a Comment