Rabu, 24 Ramadhan 1432H: Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w solat malam di kamarnya, padahal dinding kamar itu rendah (pendek) sehingga orang lain dapat melihat baginda. Kerana itu mereka solat sepertimana baginda. Setelah hari pagi, mereka memperkatakan hal itu. Malam keduanya, nabi solat lagi. Orang lain pun solat juga seperti baginda. Mereka lakukan hal seperti itu dua atau tiga malam dan sesudah itu baginda solat sambil duduk dan tidak keluar. Ketika hari telah Subuh, orang ramai menanyakan hal tersebut kepada baginda. Jawab baginda:”Aku takut kalau-kalau kamu menganggap solat malam itu wajib.” (HR al-Bukhari
Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah s.a.w ditanya orang:”Solat malam yang bagaimanakah yang lebih baik? Jawab Rasulullah s.a.w,:” Yang lama berdirinya.” (HR Muslim)
Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Seorang lelaki bertanya kepada nabi s.a.w ketika baginda sedang di atas mimbar:”Bagaimanakah caranya solat malam?” Nabi menjawab:”Solat malam dua-dua rakaat dan bila khuatir subuh datang, maka solatlah satu rakaat, bererti kamu telah witir untuk setiap rakaat yang kamu lakukan. Ibnu Umar mengatakan:”Buatlah solatmu yang akhir di waktu malam ganjil (witir) rakaatnya kerana nabi s.a.w menyuruh begitu.” (HR al-Bukhari)
Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Apabila Rasulullah s.a.w luput solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (HR Muslim)

1 comment:
Ketaatan adalah tanda kita redha dan syukur pada nikmat Allah. Ketaatan juga adalah tanda kita hamba yg tunduk pada Allah.
2.Jalan utk tunjukkan ketaatan adalah dgn banyakkan amalan khususnya amalan sunat apatah lagi ianya dibuat pada malam hari.
3.Malam adalah waktu yg sesuai utk munajat/mengadu/merintih pd Allah. Ianya juga meningkatkan maqam makhluk ke tingkat yg lebih tinggi.
4.Solat malam adalah senjata org mukmin dalam mengharungi kehidupan yg penuh cabaran. Ia penguat jiwa, peneguh semangat, penenang emosi. Jika anda sedang dlm masalah/ujian (cth: nak exam, nak hadiri temuduga, hutang byk, sakit, kehilangan, papa, jiwa kacau). Solatlah dimalam hari!
Waallahuaklam.
Post a Comment