Tuesday, August 2, 2011

Puasa - Bercakap Bohong & Kelakuan Buruk

Selasa, 2 Ramadhan 1432H : Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (HR al-Bukhari)

Pengajaran Hadis:

1. Orang yang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah (percakapan yang tidak baik) dan juga masih melakukan maksiat, tidak akan diberi pahala puasa oleh Allah selain mendapat lapar dan dahaga sahaja.

2. Puasa yang paling bernilai di sisi Allah S.W.T. ialah puasa orang yang dapat menahan lapar dan dahaga serta menjaga pancaindera mereka daripada melakukan maksiat dan dosa di samping menambahkan amal ibadat sepanjang mereka berpuasa.

3. Maka amatlah malang dan ruginya bagi orang yang berpuasa, tetapi masih mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor, mengumpat, menfitnah, memaki hamun dan sebagainya, sebagaimana biasa, sedangkan ia berpuasa, maka ia tidak mendapat apa-apa kelebihan atau pahala di sisi Allah S.W.T bahkan mendapat dosa pula.

4.Orang yang berpuasa hendaklah memperbanyakan membaca Al Quran, berzikir, solat sunat,menghadiri majlis ilmu, berdakwah dan tidak berkata perkara yang sia-sia, menonton televisyen, bermain internet dan sebagainya yang merugikan pahala puasa.

1 comment:

zainal said...

Perubahan sikap boleh dilakukan melalui 3 cara yg saling berkaitan:

a.Kesedaran diri - punyai motivasi utk berubah
b.Ilmu - ada pengetahuan cara utk berubah
c. Amalan - bertindak utk berubah.

3.Justeru, Allah tak akan ubah nasib/sikap/watak individu/kaum kecuali ia ubah diri sendiri.


Wallahuaklam.