Tuesday, August 16, 2011

Hidupkan Malam Ramadhan Dengan Qiamullail

Selasa, 16 Ramadhan 1432H: Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Pengajaran Hadis:

1. Rasulullah SAW amat menggalakkan umatnya supaya menghidupkan malam dengan mengerjakan amal ibadat kerana fadhilatnya amat besar di sisi Allah S.W.T.

2. Antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dalam menghidupkan malam (qiamullail) ini ialah melakukan solat sunat, berzikir, membaca al-Quran, membanyakkan istighfar serta beriktikaf di masjid.

3. Selaku umat Islam, kita sepatutnya mencontohi baginda serta berusaha bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan memanfaatkan bulan ini sebaik-baiknya terutama sekali dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan di mana Rasulullah S.A.W dalam kebanyakan hadith memberitahu mengenai kemungkinan besar pada malam-malam ini terutama malam ganjil adalah merupakan malam lailatul qadar yang mempunyai kelebihan melebihi seribu bulan.

1 comment:

zainal said...

Qiamulail adalah amalan yg benar-benar mendekatkan diri dgn Allah. Alangkah beruntungnya mereka yg diberi kekuatan dan keupayaan utk lakukan ibadat di malm hari.

Waahuaklam.