Thursday, January 26, 2012

Adab Buang Air

Khamis, 2 Rabiul'awal 1433:Dari Salman r.a katanya dia ditanya oleh seseorang:”Bukankah Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kamu segala-galanya hingga masalah buang air juga?” Jawabnya,”Benar! Beliau melarang kita mengadap kiblat ketika buang air besar atau kecil. Beliau juga melarang beristinja’ dengan tangan kanan, beristinja’ kurang dari tiga biji batu dan istinja’ dengan kotoran ternak yang telah keras atau dengan tulang.” (HR Muslim)

Keterangan Hadis:

1. Buang air adalah suatu kebiasaan yang selalu dilakukan setiap hari. Disebabkan oleh kebiasaan itulah seringkali kita kurang memperhatikan adab-adab dalam melakukannya.

2. Dalam Islam terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan:
a. Tidak membawa barang yang tertulis nama Allah, kitab al-Quran atau sebahagian dari ayat-ayatnya..
b. Membaca do'a sewaktu hendak memasuki tandas dan apabila keluar dari tandas.
c. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar.
d. Tidak mengadap ke arah kiblat atau membelakanginya sebagai menghormati Kaabah..
e. Mengelak membuang air di dalam lubang yang terdapat haiwan di dalamnya.
f. Mengelak dari tempat orang berteduh/bernaung, di jalanan atau tempat laluan manusia.
g. Tidak buang air kecil atau besar di dalam air yang tergenang atau air mengalir yang biasa digunakan manusia untuk bersuci.
h. Tidak mencuci kotoran dengan tangan kanan yang menyentuh kotoran untuk menjaga kebersihan.
i. Dilarang bercakap ketika qada' hajat, tidak boleh memberi salam, menjawab salam dan berzikir secara lisan.

3. Istinjak bermaksud bersuci sesudah buang air besar mahupun air kecil iaitu membersihkan air kecil mahupun besar dari badan dengan air dan jika tidak ada air bolehlah beristinja’ dengan batu atau benda-benda lain yang meresap.

1 comment:

zainal said...

Bersuci adalah fardu ain yg perlu dititik berat sejak dari kanak-kanak.

2.Berdasarkan pemerhatian, kanak-kanak @ remaja amat cuai dgn amalan/adab buang air. Mereka ambil mudah dan ini sebabkan mereka kata - "tak boleh solat, seluar kotorlah...".

3.Byk kisah yg boleh dijadikan teladan tentang org yg cuaikan adab buang air. Semua ini perlu diberi ingatan berterusan kpd anak-anak.

Wallalhuaklam