Rabu, 18 Zulhijjah 1434H: Dari 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a .,katanya:
"Ketika
haji wada', Rasulullah saw. pernah berhenti di Mina
untuk menunggu orang banyak agar bertanya kepada beliau. Maka tampillah seorang
lelaki, lalu dia bertanya:
"Ya, Rasulullah. Aku sudah terlanjur bercukur sebelum
menyembelih korban, bagaimana itu?"
Jawab beliau, "Sembelihlah, tidak mengapa!"
Kemudian datang pula lelaki yang katanya:
"Ya, Rasulullah! Aku sudah terlanjur
menyembelih lebih dahulu sebelum melontar, bagaimana itu?"
Jawab beliau,
"Lontarlah. Tidak mengapa!"
Kata 'Abdullah, "Segala sesuatu yang ditanyakan
kepada beliau, ialah hal-hal yang urutannya tidak tertib kerana terlanjur atau
lupa. Dijawab oleh beliau, "Teruskanlah, tidak berdosa."
Hadis Sahih Muslim.
No comments:
Post a Comment