Jumaat, 6 Zulhijjah 1434H: Dari Abu Qatadah Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. ditanya
orang tentang puasa hari Arafah. Jawab beliau. "Semoga dapat menghapus
dosa tahun yang lalu dan yang akan datang." Kemudian beliau ditanya pula
tentang puasa hari 'Asyura. Jawab beliau, "Semoga dapat menghapus dosa
tahun yang lalu." (Hadis Sahih Muslim)
Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Isma'il bin 'Ulabbah
memberitahukan kepada kami, Ayub memberitahukan kepada kami di mana keduanya
berkata: "Hammad bin Zaid memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari
Ghailan bin Jarir dari 'Abdullah bin Ma'bad Az-Zamani dari Abu Qatadah
bahawasanya nabi s.a.w. bersabda: "Puasa pada hari 'Arafah,
sesungguhnya saya memohon kepada Allah, agar dapat menghapus dosa satu tahun
sesudahnya dan satu tahun sebelumnya." Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Sa'id. Abu 'Isa berkata:
"Hadis Abu Qatadah tersebut adalah hadis hasan. Para ulama' menganggap
sunat untuk berpuasa pada hari 'Arafah kecuali di 'Arafah." (Hadis
Sunan At-Termizi)
No comments:
Post a Comment