Isnin,28 Muharram 1435H: Berita dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., bahawa beliau
bersabda:
"Imam itu ditetapkan untuk diikuti. kerana itu janganlah kamu
menyalahinya.
Apabila dia rukuk, rukuk pulalah kamu.
Apabila dia membaca
Sami'allahu liman hamidah, maka baca pulalah Rabbana lakal hamdu.
Dan apabila
dia sujud, sujud pulalah kamu, apabila dia duduk, duduk pulalah semuanya.
Dan
luruskan saf (barisan) dalam solat; sesungguhnya
meluruskan saf itu sebaik-baik solat."
No comments:
Post a Comment