Rabu, 15 Safar 1435H: Dari Zaid bin Khalid Al Juhani r.a., katanya:
"Rasulullah
saw. mengimami kami solat Subuh di Hudaibiyah, sesudah tadi malam hujan turun. Setelah selesai solat, Nabi saw. menghadap
kepada orang ramai, lalu bersabda: "Tahukah Anda sekalian, apa yang telah
difirmankan Tuhan Anda?"
Jawab mereka, "Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu."
Sabda Nabi saw., "Allah berfirman: Ketika hamba-hambaKu bangun pagi-pagi, di
antaranya ada mukmin, dan ada pula yang kafir."
Siapa yang berkata, "Hari hujan kerana kurnia dan rahmat Allah, maka dia itu mukmin
(iman) denganKu, kafir dengan bintang-bintang."
Dan siapa yang berkata, "Hari
hujan kerana bintang ini dan bintang itu, maka dia
kafir denganKu, iman dengan bintang-bintang."
Hadis Sahih Muslim.
No comments:
Post a Comment