Isnin, 22 Jamadilawal 1435H : Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: Saya masuk ke tempat
Rasulullah saw. ketika beliau sedang menderita sakit.
Beliau saya raba dengan tangan saya, lalu saya berkata:
"Ya Rasulullah, penyakit Anda amat berat."
Rasulullah saw: menjawab:
"Benar, penyakit saya sama dengan penyakit dua orang di antara kamu."
Saya berkata: "Demikian
itu kerana Anda mendapat pahala dua kali lipat."
Rasul menjawab: "Benar!"
Setelah itu beliau berkata: "Setiap orang Islam yang mendapat bencana penyakit dan lain-lain, maka Tuhan menggugurkan
(mengampuni) kesalahan-kesalahannya, sebagaimana pohon kayu mengugurkan
daunnya."
Hadis Sahih Bukhari.
No comments:
Post a Comment