Selasa, 16 Jamadilawal 1435H: Dari Abu Qatadah bin Rabi' r.a., dia menceritakan bahawa pada
suatu ketika, satu jenazah lewat di hadapan Nabi saw., lalu beliau bersabda:
"Senang dan menyenangkan."
Para sahabat bertanya, "Apa maksud ucapan anda itu, ya Rasulullah?"
Jawab Nabi
saw., "Apabila seorang mukmin meninggal dunia, maka dia telah senang (istirehat) dari kesusahan dunia.
Dan bila seorang
jahat yang meninggal, maka dia menyenangkan
(mengistirehatkan) seluruh hamba Allah, seluruh negeri, pohon-pohon dan binatang
dari kejahatannya."
No comments:
Post a Comment