Rabu, 12 Sya'aban 1435H: Dari Abu Hurairah r,a., katanya:
"Rasulullah saw. melarang
orang melakukan puasa wishal. Maka berkata seorang
lelaki muslim kepada beliau: "Bukankah anda sendiri melakukan puasa secara wishal, ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah saw.:
"Tidak seorang pun di antara kamu yang menyamai ku. Bila hari telah malam, aku
diberi makan dan minum oleh Tuhan ku."
Ketika ternyata mereka enggan hendak
berhenti puasa wishal, Nabi saw. puasa pula secara wishal bersama-sama mereka dua hari
berturut-turut. Sesudah itu bulan (Syawal) datang.
Lalu beliau bersabda:
"Seandainya bulan (Syawal) belum terbit nescaya ku teruskan puasa wishal bersama-sama kamu semua - Rasulullah
mengucapkan sabdanya itu dengan nada marah, kerana mereka enggan dilarangnya
puasa wishal."
Hadis Sahih Muslim .
No comments:
Post a Comment