Jumaat, 29 Sya'aban 1435H: Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman,
telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas
umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ -
(Surah Al-Baqarah:
183)
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w
melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari
Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan
Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa
padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup
segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw.
bersabda: "Janganlah kamu dahului puasa Ramadhan dengan puasa satu atau
dua hari sebelumnya. Kecuali bagi orang yang mempuasakan puasa tertentu, maka
dia boleh meneruskannya." ( Hadis Sahih Muslim)
Dari
Abu Salamah dari Abu Hurairah: Rasulullah saw telah bersabda: "Jangan
ada diantara kamu yang mendahului berpuasa di bulan Ramadhan sehari atau dua
hari kecuali seorang yang telah terbiasa mengerjakan puasa sunnah di luar bulan
Ramadhan, iaitu jika puasa sunnahnya yang biasa dikerjakan itu jatuh pada hari
yang diragukan, maka dia boleh melakukan puasa." (Hadis An Nasai)
SELAMAT
MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA
MAAF
ZAHIR BATIN
No comments:
Post a Comment