Khamis, 9 Zulkaedah 1435H: Dari Ja'far ibnu Muhammad berkata, menceritakan kepadaku,
ayahku, dia berkata:
"Kami datang kepada Jabir ibnu Abdullah dan bertanya
kepadanya tentang haji Rasulullah saw.
Jawab Jabir:
"Di Madinah Rasulullah tinggal selama sembilan tahun. Ketika diserukan kepada
orang-orang bahawa, Rasulullah saw akan menunaikan ibadah haji tahun ini, maka banyak orang yang berdatangan ke
Madinah, semuanya ingin ikut berhaji bersama
Rasulullah saw, ingin mencontoh apa yang dilakukan oleh beliau. Rasulullah saw
berangkat ketika bulan zulkaedah hanya tinggal lima hari, dan kamipun turut
pergi bersama beliau.
Kata Jabir: "Pada waktu Rasulullah saw masih ditengah kami
dan Al Quran masih sentiasa turun pada beliau dan beliau tahu segala maksud
kandungannya, kerana itu apa yang beliau lakukan, kamipun melakukannya dan waktu
itu kami keluar hanya dengan niat berhaji."
No comments:
Post a Comment