Rabu, 15 Zulkaedah 1435H: Muhammad bin Yahya Al-Qutha'i Al-Bashri menceritakan kepada
kami, Muslim bin Ibrahim memberitahukan kepada kami, Hilal bin 'Abdullah,
pelayan Rabi'ah bin 'Amr bin Muslim Al-Bahili memberitahukan kepada kami (yang
berasal) dari AL-Harits dari 'Ali di mana ia berkata:
"Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai bekal dan kenderaan yang dapat membawanya
sampai ke Baitullah namun ia tidak berhaji maka tidak
ada halangan baginya bila ia mati dalam keadaan Yahudi atau Nasrani.
Yang
demikian itu kerana Allah berfirman di dalam kitabNya: (yang ertinya:
"Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap
Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.")
Abu
'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan gharib yang tidak kami ketahui
kecuali dari riwayat gharib ini. Dalam sanadnya terdapat beberapa pendapat.
Hilal bin 'Abdullah itu tidak dikenali; sedangka Al-Harith itu dianggap daif
dalam hadis ini
Hadis Sunan At-Termizi.
No comments:
Post a Comment