Jumaat, 14 Muharram 1436H: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw.
bersabda:
"Hai, Abu Sa'id! Siapa yang rela Allah menjadi Tuhannya, Muhammad
menjadi Nabinya, dan Islam menjadi agamanya, dia wajib masuk syurga."
Abu Sa'id
kagum mendengar sabda Nabi saw. tersebut, lalu dia meminta supaya Nabi mengulang
sabdanya itu. Maka diulang oleh beliau. Kemudian bersabda pula beliau, "Ada lagi
yang lain. Iaitu seorang hamba dinaikkan darjatnya seratus darjat di syurga.
Jarak antara dua darjat seperti jarak antara langit dan bumi."
Tanya, "Apa itu,
ya Rasulullah?"
Jawab beliau. "Jihad fi sabilillah!
Jihad fi sabilillah! (berjuang atau berperang
menegakkan agama Allah!)"
No comments:
Post a Comment