Khamis, 4 Safar 1436H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Allah Ta'ala tertawa (rela) kepada dua orang lelaki, di mana seorang di
antaranya membunuh yang lain, lalu keduanya masuk syurga.
Tanya para sahabat,
"Bagaimana bisa begitu, ya Rasulullah?"
Jawab beliau, "Lelaki yang terbunuh itu
mati dalam jihad fi sabilillah, maka dia itu mati
syahid. Kemudian si pembunuh taubat kepada Allah Ta'ala, lalu Allah menerima
taubatnya. Sesudah itu dia mati pula dalam perang fi sabilillah, maka dia itu
mati syahid."
Hadis Sahih Muslim.
No comments:
Post a Comment