Khamis, 17 Rabiulawal 1436H: Dari Amr bin 'Auf orang Ansar r.a., sekutu Bani Amir bin Luai
dan ia pernah turut menghadiri peperangan Badr, Rasulullah s.a.w. mengutus Abu
Ubaidah bin Jarrah ke Bahrain untuk memungut pajak. Rasulullah s.a.w. sendiri
yang mengadakan perdamaian dengan penduduk Bahrain, dan beliau angkat 'Ala bin
Hadrami menjadi Amir (pembesar) mereka. Maka datanglah Abu Ubaidah membawa harta
dari Bahrain. Orang Ansar mendengar kedatangan Abu Ubaidah, kebetulan waktu
solat subuh bersama-sama dengan Nabi s.a.w. Setelah beliau selesai solat subuh
bersama-sama, lalu mereka datang menghadap beliau. Rasulullah s.a.w. tersenyum
ketika melihat mereka.
Beliau bersabda: "Saya kira kamu telah mendengar bahawa
Abu Ubaidah datang membawa sesuatu".
Mereka berkata: "Sebenarnya, ya
Rasulullah!"
Beliau bersabda: "Bergembiralah dan harapkanlah apa yang
menyenangkan kamu! Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang lebih saya takutkan terhadap kamu, melainkan yang lebih saya takuti terhadap kamu ialah jika kamu diberi
sebanyak-banyaknya harta dunia sebagaimana yang telah diberikan kepada orang
yang ada sebelum kamu, lalu kamu merebutkannya sebagaimana mereka merebutkan,
dan kamu dibinasakannya sebagaimana mereka telah dibinasakannya".
No comments:
Post a Comment