Rabu, 30 Rabiulawal 1436H: Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi saw. masuk ke
dalam masjid, kemudian masuk pula seorang laki-laki lalu dia solat. Selesai
solat, orang itu datang dan memberi salam kepada Nabi saw. Nabi menolak orang
itu dan bersabda,
"Ulangilah solat anda kembali kerana anda belum solat!"
Maka
diulanginya solatnya kembali, kemudian dia datang dan memberi salam kepada Nabi.
Sabda Nabi, "Ulangilah solat anda kembali, kerana anda belum solat!" Sampai tiga
kali Nabi saw. menyuruh orang itu demikian.
Jawab orang itu, "Demi Allah, yang
telah mengutus anda dengan yang hak. Aku belum tahu cara solat yang lebih baik
dari itu. kerana itu ajarkanlah kepada ku."
Jawab Nabi saw., "Apabila engkau
berdiri hendak solat, ucapkanlah Takbir. Kemudian baca ayat-ayat Quran yang
mudah bagi mu. Kemudian rukuk sehingga engkau tenang
dalam rukuk itu, kemudian bangkit, berdiri lurus kembali. Sesudah itu sujud,
sehingga engkau tenang dalam sujudmu itu. Sesudah itu bangkit, duduk, sehingga
engkau tenang tenteram dalam dudukmu itu. Kemudian sujud, sehingga engkau tenang
dalam sujudmu itu. Lakukanlah seperti itu setiap kamu solat."
Hadis Sahih Bukhari
No comments:
Post a Comment