Selasa, 15 Syaaban 1436H: Diberitakan oleh Anas bin Malik r.a., katanya: "Pada suatu
waktu, ketika kaum Muslimin sedang solat Subuh,
mereka terkejut kerana tiba-tiba Rasulullah membuka tabir bilik 'Aisyah (di mana
beliau sedang terbaring sakit keras). Rasulullah senyum tertawa melihat mereka
sedang solat dalam beberapa saf.
Abu Bakar r.a. (yang
menjadi imam ketika itu) mundur sampai ke saf di belakangnya, kerana mengira
Rasulullah akan datang solat bersama-sama dengan
mereka. Hampir saja kaum muslimin tergoda dalam solat
mereka kerana peristiwa itu.
Maka Nabi memberi isyarat kepada mereka supaya
mereka meneruskan solat. Sesudah itu beliau
menutupkan tabirnya kembali. Beliau wafat pada akhir hari itu juga."
No comments:
Post a Comment