Thursday, August 20, 2015

Umrah Di Bulan Zulkaedah

Khamis, 5 Zulkaedah 1436H: Dari Anas r.a., katanya : "Rasulullah saw. mengerjakan umrah empat kali. Semuanya itu dikerjakan beliau di bulan Zulkaedah, selain yang dikerjakannya bersama-sama dengan haji. 

Iaitu, umrah yang dilakukan beliau dari Hudaibiyah, ketika berlakunya perdamaian Hudaibiyah dalam bulan Zulkaedah,dan umrah tahun sesudah itu juga dalam bulan Zulkaedah, dan umrah yang dilakukan beliau dari Ji'ranah ketika membahagi-bahagi harta rampasan perang Hunain, juga di bulan Zulkaedah, dan sesudah itu umrah yang dilakukan beliau sama-sama dengan haji."

Hadis Sahih Muslim.

No comments: