Tuesday, July 31, 2018

Haji Tamattu' Rasulullah saw

Selasa, 18 Zulkaedah 1439H: Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengerjakan haji tamattu' ketika beliau haji wada', iaitu dengan mengerjakan umrah sebelum haji. Kemudian beliau bayar denda dengan haiwan korban yang dibawanya dari Zulhulaifah, tempat beliau memulai ihram untuk umrahnya itu. 

Sesudah itu barulah beliau ihram pula untuk haji, dan orang ramai umrah pula bersama-sama dengan beliau. Di antara orang ramai itu ada yang membawa hadiah, dan ada pula yang tidak membawa hadiah. Setibanya Rasulullah saw. di Mekah. beliau bersabda kepada orang ramai, "Siapa-siapa yang membawa hadiah, dia tidak boleh tahallul (berhenti ihram) hingga selesai haji. Dan siapa yang tidak membawa hadiah, hendaklah tawaf di Bait, kemudian di Safa dan Marwa, sesudah itu dia boleh bercukur dan tahallul. 

Kemudian dia hams ihram kembali untuk haji,dan harus membayar denda dengan menyembelih korban. Siapa yang tidak membawa haiwan kurban, dia harus puasa tiga hari di tempat haji dan tujuh hari apabila dia telah tiba di kampungnya.

Sesampainya di Mekah lebih dahulu beliau jamah hajar aswad, kemudian beliau berlari-lari keci1 tiga kali putaran keliling Kaabah dan berjalan biasa empat kali putaran. Selesai tawaf keliling Kaabah, beliau solat dua rakaat di Maqam Ibrahim. Selesai solat, beliau pergi ke Safa dan Marwah lalu saai antara Safa dan Marwah tujuh kali. Beliau tidak tahallul sampai selesai haji dan menyembelih korbannya di hari Nahar (10 Zulhijjah).

Sesudah itu beliau kembali ke Mekah, lalu tawaf di Bait, kemudian tahallul atau menghalalkan segala sesuatu yang tadinya haram dikerjakan selama ibadah haji. Apa yang diperbuat beliau itu dicontoh pula oleh orang-orang yang membawa haiwan korban.

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1198.

No comments: