Isnin, 6 Safar 1440H: Dari 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Hendaklah kamu
selalu berlaku jujur. Kerana berlaku jujur membimbing kepada kebajikan,
dan kebajikan membawa ke syurga.
Seseorang yang sentiasa
berlaku jujur dan berusaha mempertahankan/mencari kejujuran, maka dia
dicatat Allah sebagai "Sadiq" (orang yang jujur).
Dan hindarilah olehmu dusta, kerana sesungguhnya dusta itu membimbing kepada kejahatan, dan kejahatan membawa ke neraka.
Seseorang yang sentiasa berdusta dan mempertahankan kedustaan, maka dia
dicatat Allah Taala sebagai "Kadzdzab" (si Pendusta atau si
Pembohong)."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2234.
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2234.
No comments:
Post a Comment