Friday, June 21, 2019

Melintas Di Hadapan Orang Solat

Jumaat, 17 Syawal 1440H: Abu Soleh al-Samman berkata: Aku melihat Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ‘anhu pada hari Jumaat, beliau sedang solat ke arah sesuatu yang menghalanginya daripada manusia. Seorang pemuda dari Bani Abu Mu’aith ingin lalu di hadapannya.

Abu Sa’id menghalang pemuda itu pada dadanya. Pemuda itu melihatnya dan tidak menemui sebarang laluan melainkan di hadapan Abu Sa’id. Sekali lagi dia cuba melintas lalu Abu Sa’id menghalang dengan lebih keras, lalu pemuda itu pun beredar dari Abu Sa’id.

Kemudian pemuda itu pergi menemui Marwan lalu pemuda itu mengadu kepada Marwan apa yang Abu Sa’id lakukan kepadanya.

Abu Sa’id pun kemudian bertemu dengan Marwan, lalu Marwan berkata: “Apa halnya engkau dan anak saudara engkau ini wahai Abu Sa’id? 

Abu Sa’id menjawab: Aku mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila salah seorang kalian solat ke arah sutrah, lalu seseorang mahu melintas di hadapannya, hendaklah dia menghalangnya. Seandainya dia enggan, perangilah dia. Sesungguhnya dia syaitan.”

[Sahih al-Bukhari, Kitab as-Solat hadis no:487]

 No photo description available.

No comments: