Wednesday, June 12, 2019

Supaya Jangan Bosan Belajar

Rabu, 8 Syawal 1440H: Dari Syaqiq Abi Wail r.a. katanya: 'Abdullah (bin 'Umar) mengajar kami setiap hari Khamis. Maka berkata kepadanya seorang lelaki, "Ya Abu Abdurrahman! Kami sangat senang mendengar pengajian Anda dan ingin semoga Anda dapat mengajar kami setiap hari."

Jawab Abdullah, "Aku tidak keberatan mengajar Anda setiap hari. Hanya yang ku khuatirkan kalau-kalau kamu sekalian menjadi bosan. Sesungguhnya Rasulullah saw. pernah juga memilih beberapa hari tertentu untuk mengajar kami di Majlis Taklim untuk menjaga supaya kami jangan bosan belajar."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2417.

No comments: