Friday, July 19, 2019

Hari & Solat Jumaat

Jumaat, 16 Zulkaedah 1440H: Dari Hudzaifah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah swt. menyesatkan orang-orang yang sebelum kita tentang hari berkumpul (Jumaat, atau hari besar). 

Bagi orang Yahudi jatuhnya pada hari Sabtu, dan bagi orang Nasrani jatuhnya pada hari Ahad. 

Lalu Allah tunjuki kita, iaitu pada hari Jumaat. Kerana itu terjadilah beturut-turut tiga hari berkumpul (hari besar), iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad. 

Hari kiamat kelak, mereka pun mengikuti kita juga. Kita yang terakhir ke dunia, tetapi kita yang lebih dahulu diadili sebelum umat-umat yang lain-lain." 

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0808.


No comments: