Rabu, 14 Zulkaedah 1440H: Dari
Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada hari penaklukan Mekah, Rasulullah saw.
bersabda: "Mekah telah ditaklukkan. Mulai sekarang tidak ada lagi
hijrah. Yang ada hanyalah jihad dan niat menegakkan agama Allah. Bila
kamu diperintahkan berangkat, maka berangkatlah! Mekah telah
ditaklukkan.
Sesungguhnya tanah ini diharamkan Allah sejak
terciptanya langit dan bumi. Maka negeri ini negeri haram, kerana
diharamkan Allah hingga hari kiamat. Siapa pun tidak boleh berperang di
negeri ini, baik orang yang sebelumku
maupun aku sendiri, kecuali hanya satu saat di siang hari bagi ku.
Negeri ini negeri haram kerana diharamkan Allah sampai hari kiamat.
Di negeri ini tidak boleh memotong pohon berduri, tidak boleh memburu
binatang-binatangnya, tidak boleh memungut barang hilang kerana
tercicir, kecuali untuk diumumkan, dan tidak boleh memotong rumputnya.
Maka berkata 'Abbas, "Ya, Rasulullah! Selain izkhir, kerana izkhir diperlukan tukang besi dan pembangunan rumah."
Maka sabda Nabi saw., "Melainkan izkhir."
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1290.
• Izkhir – Tumbuhan (rumput) wangi yang digunakan di kuburan dan mewangikan rumah)
No comments:
Post a Comment