Wednesday, February 26, 2020

Darah Istihadhah

Rabu, 2 Rejab 1441H: Diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha katanya, Fatimah binti Abu Hubaish menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Maksudnya: “Wahai Rasulullah! Aku perempuan yang didatangi darah istihadah dan masih belum bersuci, adakah aku perlu meninggalkan solat?

Jawab Baginda SAW: “Tidak perlu kerana darah itu ialah darah penyakit, bukannya darah haid. Ketika kedatangan haid tinggalkanlah solat dan apabila tempohnya habis hendaklah kamu mandi membersihkan diri daripada darah dan dirikanlah solat.” 

Riwayat al-Bukhari (236) dan Muslim (333)

No comments: